Dakwah... Sampai bila nak bagi alasan lagi!

Jumaat, 9 Oktober 2009
artikel ini saya copy dari email yang di forward oleh seorang sahabat..
semoga artikel ini memberi peringatan kepada kita yang mengaku bahawa kita adalah antara penolong agama Allah..swt..


Salam perjuangan buat para pendakwah! Berada di atas jalan dakwah bukanlah suatu yang mudah. Untuk kekal dalam perjuangan bersama kafilah dakwah memerlukan keikhlasan yang tinggi, kejelasan matlamat, azam dan tekad yang tidak mudah luntur, semangat yang membara, keimanan yang padu dan teman seperjalanan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja: "Mahukah anda bersama-sama saya mengemudi perjuangan bersama dengan kafilah dakwah?"

Kata anak muda yang masih belajar: “Nanti dulu, saya baru daftar university, saya nak fokus study, belajar nie pun ibadah juga, kewajipan utama, nak bantu family. Exam dah dekat, banyak assignment.. . saya perlu pastikan kejayaan cemerlang supaya orang tak tuduh pelajar Islam tercorot, lembab dan malas. Lagipun saya sibuk laa... mak ayah tak izinkan... bila saya graduate nanti saya join la dakwah nie.”

Bila dah dapat result CGPA 4.00, dah mula dapat tawaran kerja. Gaji pun lumayan, above RM3XXX. Dia mula bagi jawapan: “Saya baru mula kerja, banyak masa untuk settle down... perlu sesuaikan diri dengan tempat kerja. Lagi pun majikan dah warning... kena buat akujanji pula. Saya kena fokus pada kerja. Ini fardhu kifayah... kalau saya tak kerja dengan baik, cemerlang, nanti orang kata pekerja Islam nie tak professional, tak disiplin, tak efisien. Tiap-tiap bulan kena pergi meeting... sibuk... nantilah dulu bila ana free. Tahun nie ana baru dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang).. . nak balas budi kat bos, nak tunjuk rajin kerja.”

Bila dah berumur 25 tahun, mula fikir nak berumahtangga. Bila sudah berumahtangga, dia berkata pula: “Ana baru kahwin... banyak problem... baru nak sesuaikan hidup berkelamin.. . nak cari chemistry dengan isteri... kami tak pernah kenal sebelum nie, maklumlah lain-lain university.. . ana belajar kat oversea, zaujah cuma kat UPSI. Zaujah kecik hati kalau tak spend masa untuk die. Keluarga pun penting... Nabi pun berdakwah kat keluarga dulu... mertua pula bising kalau asyik keluar... (kalau orang perempuan).. . suami tak izinkanlah.. . taat pada suami tu kan penting... tanggungjawab perempuan ialah kat rumah... sibuklah... nanti bila family dah stabil, ana involvelah.”

Setelah beberapa bulan berlalu, isteri disahkan mengandung. Dia mula berkata: “Orang rumah dah mengandung.. . tadi pi check doktor... kasihan nak tinggal-tinggalkan dia... kena jaga hati dia... zaujah ana nie sensitif, cepat terasa dan merajuk. Lagi pun nie first baby... kenalah jaga elok-elok... tiap-tiap hari kena ambik orang rumah... ada appointment dengan doktor... kena pi hantar ke tempat kerja dia... sekarang perut dia dah besar, dah tak boleh buat kerja rumah... nanti muntah-muntah. .. kalau apa-apa nanti susah. Masih sibuk, tunggulah selepas bersalin baru ana pi usrah”.

Bila dah bersalin, ia pun berkata: “Ada baby kecil, ana dah jadi bapa... rasa berat dan banyak tanggungjawab. .. kadang-kadang rasa simpati kat orang rumah jaga baby... malam pun tak cukup tidur... anak kerap menangis... bila anak sakit, tak ada siapa jaga. Ana kena bagi perhatian... kalau tidak nanti kawan-kawan kata tak pandai jaga anak... malulah... nanti dah settle semua nie, ana pi lah.”

Kemudian isteri mengandung lagi dan beranak, mengandung dan beranak dan seterusnya. Setiap kali diajak attend program, attend usrah, ia menjawab: “Perlu masa lebih kat keluarga, anak-anak nak membesar... gaji tak cukup... kena kerja lebih... ambik kerja lebih masa (OT)... nak bagi nafkah kat keluarga... ini pun wajib... tak pa lah, tunggu ana dah free dari semua nie, ana joinlah.”

Apabila anak-anak sudah besar, dah jadi remaja, dah mula nak bekerja, dah nak cari jodoh, dia mula berkata: “Nak kena tumpu pada anak-anak. Sekarang banyak gejala sosial, kalau tak jaga, nanti anak-anak rosak... dia pilih kawan yang tak baik... orang Islam juga malu... kerja pun kena lebih... anak-anak nak masuk U, nak sambung degree... Abang Long pun dah nak kahwin... akak pun tak dapat kerja lagi... pening... pening... bagi ana langsaikan semua nie, nak fokus ini dulu. Dah settle nie baru ana hadir.”

Setelah beberapa tahun bekerja, dia dinaikkan pangkat, lalu dia pun berkata: “Saya dapat jawatan baru... banyak tanggungjawab dan makin sibuk... perlu jaga nama baik orang Islam kat company (swasta), ana baru sah gred DG 48 (sektor kerajaan), sibuk memanjang... meeting sana meeting sini... semalam kat Putrajaya, hari nie kat Petaling Jaya... nak kena buat preparation. .. sibuklah, tunggu ana nak pencen.”

Bila umur dah cecah 40 tahun, dia berkata pula: “Doktor dah sahkan ana sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan gout... takutlah... kena rehat dan jaga kesihatan... tak boleh buat kerja berat-berat. .. badan tak berapa sihat dan kuat... hujung minggu buat terapi... hemodialisis. .. rasa tak cukup rehat... nanti dululah, kirim salamlah kat teman-teman.”

Bila sudah pencen, dia berkata: “Ish... rasa lapang dari kerja... nak berehat dok dengan keluarga, anak-anak dan bermain dengan cucu. Celik pejam celik, ana dah ada dua cucu. Bila pencen pulak, dapat Jusa C... kawan-kawan pun tak dapat lagi... dakwah nie kerja orang muda-muda... korang orang muda-muda, korang buatlah... ana dah tua, nak tumpu pada amal hari tua.”

Ada pula yang berkata: “Malulah, buat kerja ni... tak biasalah... masa kat U tu, ada lah join sikit-sikit, tapi dah lama tinggal dah... rasa segan pulak... macam tak cukup ilmu... nak ajak orang lain pun malu... keluarga sendiri pun tak betul, macam mana nak dakwah pada orang lain... releklah dulu.”

Fikir-fikirlah. .. sampai bila nak berada dalam zon masalah... sampai bila nak berhujjah. Jangan tunggu masa lapang untuk berjuang, kerana sememangnya kehidupan ini tidak akan menyediakan kelapangan. Hidup ini dijadikan penuh kesibukan. Kelapangan bila kita melangkah di awal langkah pertama ke syurga seperti kata Imam Ahmad bin Hanbal. Orang yang menanti kelapangan untuk berjuang, sama ada dia akan terjun ke medan perjuangan atau akan hanya menempel sahaja di tepi medan.

Manakah yang lebih baik – seorang yang berusaha keras mengatasi halangan dalam kehidupan atau seorang yang hanya berhenti di hadapan halangan setiap kali ia menghalangi laluannya?

Sampai bila nak bagi alasan lagi, wahai Sang Da’ie?

“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia tidak ragu-ragu lantas berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad.”

Ustaz Azizee bin Hasan,
YDP ISMA Seremban
Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

PESANAN BUAT WANITA

Ahad, 4 Oktober 2009


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)
Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.
Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?
Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.
Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.
Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok... amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

Pages

 

Browse