C.I.N.T.A

Khamis, 21 Oktober 2010

hati bersuara

Selasa, 12 Oktober 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

hatiku bersuara....
.tiada siapa yang mampu memahami..
tiada siapa yang mampu untuk mengerti...
pernah ku luahkan pada dinding yang membatu....
diam seribu bahasa.....
tak mengerti...
yang ada...cuma kulapuk2 pada dinding....
hatiku berbicara lagi...
ya Allah , hanya pada Mu tempat ku mengadu…
lapangkanlah hatiku Ya Allah…
agar ujianMu tabah ku tempuhi…
kenapa hatiku resah
apa yang cuba ku sampaikan..hati ini...semakin resah....sering teringat dosa-dosa semalam…dosa yang berulang…lemahnya aku,,nipisnya imanku.. Ya Allah baikkan hatiku yang sentiasa dilanda gelora amarah…kesabaran yang sentiasa hanyut dengan arus keegoan ...sungguh.. hatiku resah

JIWA TENANG DI TAMAN SYURGA DUNIA..

Khamis, 8 April 2010

7 April 2010, hari selasa, semua staf di Pej pengurusan Fasiliti tak bekerja..tapi jagan salah faham..bukan cuti yang dimaksudkan tetapi kami semua ada kursus pembangunan modal insane selama 1 hari.. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga program ini dijalankan . Kenapa saya utarakan begitu? Ini kerana bukan senang nak buat program yang berbentuk ilmiah. Lebih-lebih lagi untuk staf-staf yang sangat sibuk dengan tugasan masing-masing. Tahniah kepada pihak urusetia Surau Al-Iman Pej. Pengurusan Fasiliti.

Ada dua sesi slot pengisian iaitu slot pengisian pagi dan petang..Slot pagi ,pengisiannya lebih kepada motivasi kepada staf dan yang paling best waktu sesi kedua, yang disampaikan oleh Prof. Madya Ustzh Maznah bt Daud . Beliau seorang penceramah tetap Radio IKIM.. Untuk program ini beliau mengupas tajuk yang sangat cantik iaitu, Benarkah Aku Cinta Rasulullah??

Teruja sangat bila mendengar pengisian daripada beliau. Ini kerana setiap isi kupasan beliau sarat dengan cerita sirah-sirah nabi dan para sahabat. Hah, itu yang best tu..tak sempat mata saya nak terlelap. Biasanya, pengisian waktu petang, ditambahkan lagi dengan santapan makan tengahari yang berat lagi..fuh.. memang pakej untuk tertido..

Satu untuk saya selitkan disini ialah JIWA TENANG DI TAMAN SYURGA DUNIA..kat mana tuu?
Mana lagi kalau bukan di majlis-majlis ilmu.ustazah maznah sempat mengatakan bahawa singgahlah dimana-mana tempat majlis ilmu.kerana majlis ilmu itu adalah taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak menjejakkan kaki ke majlis-majlis ilmu,maka susahlah baginya untuk merasa berada di taman syurga Allah Taala di hari Akhirat kelak.

Selain itu, majlis-majlis ilmu ini akan mendidik jiwa kita menjadi tenang dan lembut serta lagi bersih. Kerana majlis seperti itu juga salah satu tempat untuk membersihkan jiwa dan membawa kita lebih dekat kepada Allah.

Seperti Rasulullah SAW sendiri amat memandang tinggi budaya membaca dan menuntut ilmu itu sehinggakan Baginda menamakan majlis-majlis ilmu itu sebagai ‘taman-taman kemuliaan’ yang dirindui oleh setiap mukmin. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya, ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab: “Majlis-majlis ilmu.” (riwayat at-Tabrani)


semoga kita di antara kalangan orang yang sentiasa berusaha ke arah menghadiri majlis Ilmu yang menurut kehendak Al Quran dan As Sunnah. Gunakanlah sepenuhnya akal dan hati anugerah Allah SWT untuk dijadikan 'filter' kepada apa saja ilmu agar Iman meningkat dan amalan serta doa diterima oleh Allah SWT.Pernah dengar tak dialogue antara syaitan dan bossnya Iblis?Syaitan bertanya Kenapa Iblis tidak begitu gembira bila ahli ibadah meninggal dunia berbanding dengan orang alim yang meninggal dunia. Iblis menyuruh syaitan ikutnya ke satu tempat dan suruh menyoal seorang ahli ibadah. Bolehkah seluruh dunia ini dimasukkan ke dalam sebiji telur? Maka si abid itu berkata, mustahil. Apabila disebut saja begitu maka sudah kufurlah si ahli ibadah tadi. Tetapi apabila soalan yang sama dikemukakan kepada seorang alim, maka jawapannya, boleh. Kerana Allah boleh berbuat apa saja dengan, kun fa ya kun! (rujuk surah Yassin).Sebab itu Iblis tidak berapa gembira bila ahli ibadah meninggal berbanding dengan orang yang berilmu (ulama').Ada satu Artikel yang bertajuk ”Singgahlah Di Taman Syurga”Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani. Rasulullah bersabda, "Apabila melewatitaman surga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman surga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu."

Dalam hadits lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok; dimana yang pertama sedang berzikir, sementara yang kedua sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok kedua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian baginda memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu.Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling baik. Rasulullah menjawab, "Orang itu adalah yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal- amalnya." Orang-orang yang memiliki sifat sepertidiataslah yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.
Majlis ilmu, yang didalamnya terdapat orang- orang berilmu dan para pencari ilmu, bukankah Allah memuliakan dan meninggikan darjat mereka kerana keberimanan mereka dan ilmu yang mereka miliki? " ... Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan". (QS. Al Mujaadilah:11).

DETIK-DETIK RAULULLAH DIJEMPUT SAKARATUL MAUT

Isnin, 5 April 2010


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang
dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun
langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan
sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai
umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka
taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,
Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti
mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar
menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan
nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan
kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya
didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana
pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi
pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah
sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi
pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata
dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah
ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur
Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata
Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak
ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan
penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih
penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya
Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan
ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul
maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,
melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang
tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan
saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan
Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera
mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat
aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di
antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan,
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala
Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah
kepada kita.
kita??? camana agaknye ye..
sedihnya bila fikirkan diri sendiri. banyak kealpaan...
Karena sesungguhnya cinta selain daripada Allah dan Rasul hanyalah fana belaka.
tetapi Cinta setelah Allah dan Rasul adalah...suamiku..

Jom pakat joint ....

Sabtu, 20 Mac 2010
Terbuka kepada semua student IPT sekitar Shah Alam,maklumat lanjut sila klik disini


TUKAR STATUS DAH

Rabu, 24 Februari 2010
Pada 20/2/2010 ,membantu suami yng tercinta membuka gerai di majlis Ihtifal Sek.Rendah Islam Hira' Shah Alam .kami menjual quran, CD Animasi gaza, badgest,dan ada lagi beberapa barang yang lain. tak banyak pun. tapi tak pe..cuba nak berniaga.

majlis ihtifal habis dalam kul 5.30 ptg.selepas siap kemas gerai, saya dan suami terus berkejar ke tampin. majlis perkahwinan sahabat baikku , ATIKAH. kawan saya sejak dari politeknik kelantan lagi sampai lah kat UiTM, tak pernah berjauhan.samada gi program tarbiah ke,mana-mana lah.

sekarang, DAH TUKAR STATUS DAH PUN...

tapi majlis ni kat rumah suaminya.rumah ika kat Mersing, Johor, tak sempat kami nak pegi . jauh sangat.
Alhamdulillah, bertolak dari shah alam pukul 6 ptg, sampai kat tampin selepas maghrib.

bila dah sampai kat rumah pengantin, biasalah tak sempat la nak tengok pengantin pakai baju pengantin..tak pe asalkan dapat jumpa ika.pengantin pun dah kepenatan seharian menjadi RAja SEhari.


teringat pulak masa kenduri walimah saya dulu.saya dan suami tersayang serta bersama babyku yang bakal lahir pada bulan 5 nanti,mengucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada ukhti ika dan Akh Zailani.


Barakallahu lakuma, Wa baraka'alaikuma, Wa jam'abainakuma, fi khair

gambar2 ni kat johor. gambar kat tampin tak de.

,

KOBANNA

Isnin, 1 Februari 2010



hemm..lama betul saya tak tinjau blog ni..padahal blog ni i yng punye..sibuk sikit..hee ..kononnye la.KOBANNA - singkatan kepada Konvensyen Pemikiran Imam Hassan Al- Banna..pertama kali nya diadakan di Malaysia untuk rakyat Malaysia..pada 30hb Jan 2010...fuh ,ramai betul yang datang ..anggaran kiraan mata kasar saya,emmmm..lebih kurang 2600 orang peserta yang datang..ramai tuuu..

bagi saya, sangat bagus dan bertepatan sekali apa yang di sampaikan oleh 3 orang panel berkenaan dengan apa yang imam hassan al-banna cuba terapkan kepada umat islam sedunia berkenaan dengan kenapa akhirnya kita sangat perlukan tarbiyah...penyampainya tak asing lagi iaitu, ustaz Rusydi,ustaz Fauzi Asmuni,dan ustaz Azizi,,para ustaz yang pakar dalam dakwah dan tarbiyah serta sejarah islam...

dalam konvensyen ni , apalagi,inilah peluang saya dapat berjumpa dengan akhwat2 yang dah lama tak jumpa..mana tak nya,,ada yang dari johor, kelantan, kedah, p.pinang..dan ramai lagi...seronok betul..rupa2nya adik2 kem lepasan spm pun datang(najah, aqlily , Aqila dan tasnim)

Pages

 

Browse