JIWA TENANG DI TAMAN SYURGA DUNIA..

Khamis, 8 April 2010

7 April 2010, hari selasa, semua staf di Pej pengurusan Fasiliti tak bekerja..tapi jagan salah faham..bukan cuti yang dimaksudkan tetapi kami semua ada kursus pembangunan modal insane selama 1 hari.. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga program ini dijalankan . Kenapa saya utarakan begitu? Ini kerana bukan senang nak buat program yang berbentuk ilmiah. Lebih-lebih lagi untuk staf-staf yang sangat sibuk dengan tugasan masing-masing. Tahniah kepada pihak urusetia Surau Al-Iman Pej. Pengurusan Fasiliti.

Ada dua sesi slot pengisian iaitu slot pengisian pagi dan petang..Slot pagi ,pengisiannya lebih kepada motivasi kepada staf dan yang paling best waktu sesi kedua, yang disampaikan oleh Prof. Madya Ustzh Maznah bt Daud . Beliau seorang penceramah tetap Radio IKIM.. Untuk program ini beliau mengupas tajuk yang sangat cantik iaitu, Benarkah Aku Cinta Rasulullah??

Teruja sangat bila mendengar pengisian daripada beliau. Ini kerana setiap isi kupasan beliau sarat dengan cerita sirah-sirah nabi dan para sahabat. Hah, itu yang best tu..tak sempat mata saya nak terlelap. Biasanya, pengisian waktu petang, ditambahkan lagi dengan santapan makan tengahari yang berat lagi..fuh.. memang pakej untuk tertido..

Satu untuk saya selitkan disini ialah JIWA TENANG DI TAMAN SYURGA DUNIA..kat mana tuu?
Mana lagi kalau bukan di majlis-majlis ilmu.ustazah maznah sempat mengatakan bahawa singgahlah dimana-mana tempat majlis ilmu.kerana majlis ilmu itu adalah taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak menjejakkan kaki ke majlis-majlis ilmu,maka susahlah baginya untuk merasa berada di taman syurga Allah Taala di hari Akhirat kelak.

Selain itu, majlis-majlis ilmu ini akan mendidik jiwa kita menjadi tenang dan lembut serta lagi bersih. Kerana majlis seperti itu juga salah satu tempat untuk membersihkan jiwa dan membawa kita lebih dekat kepada Allah.

Seperti Rasulullah SAW sendiri amat memandang tinggi budaya membaca dan menuntut ilmu itu sehinggakan Baginda menamakan majlis-majlis ilmu itu sebagai ‘taman-taman kemuliaan’ yang dirindui oleh setiap mukmin. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya, ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab: “Majlis-majlis ilmu.” (riwayat at-Tabrani)


semoga kita di antara kalangan orang yang sentiasa berusaha ke arah menghadiri majlis Ilmu yang menurut kehendak Al Quran dan As Sunnah. Gunakanlah sepenuhnya akal dan hati anugerah Allah SWT untuk dijadikan 'filter' kepada apa saja ilmu agar Iman meningkat dan amalan serta doa diterima oleh Allah SWT.Pernah dengar tak dialogue antara syaitan dan bossnya Iblis?Syaitan bertanya Kenapa Iblis tidak begitu gembira bila ahli ibadah meninggal dunia berbanding dengan orang alim yang meninggal dunia. Iblis menyuruh syaitan ikutnya ke satu tempat dan suruh menyoal seorang ahli ibadah. Bolehkah seluruh dunia ini dimasukkan ke dalam sebiji telur? Maka si abid itu berkata, mustahil. Apabila disebut saja begitu maka sudah kufurlah si ahli ibadah tadi. Tetapi apabila soalan yang sama dikemukakan kepada seorang alim, maka jawapannya, boleh. Kerana Allah boleh berbuat apa saja dengan, kun fa ya kun! (rujuk surah Yassin).Sebab itu Iblis tidak berapa gembira bila ahli ibadah meninggal berbanding dengan orang yang berilmu (ulama').Ada satu Artikel yang bertajuk ”Singgahlah Di Taman Syurga”Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Thabrani. Rasulullah bersabda, "Apabila melewatitaman surga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman surga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu."

Dalam hadits lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok; dimana yang pertama sedang berzikir, sementara yang kedua sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok kedua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian baginda memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu.Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling baik. Rasulullah menjawab, "Orang itu adalah yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal- amalnya." Orang-orang yang memiliki sifat sepertidiataslah yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.
Majlis ilmu, yang didalamnya terdapat orang- orang berilmu dan para pencari ilmu, bukankah Allah memuliakan dan meninggikan darjat mereka kerana keberimanan mereka dan ilmu yang mereka miliki? " ... Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan". (QS. Al Mujaadilah:11).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pages

 

Browse